Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

14 PENCAPAIAN TERBAIK MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN 2022 MAK terlibat sebagai rakan strategik Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke 26 anjuran JPA pada 28 – 29 September 2022 yang telah berlansung di Klana Resort, Seremban. MAK juga telah menyediakan Booth pameran untuk memperkenalkan buku-buku terbitan MAK dan produk MAK. MAK juga telah mengadakan kerjasama strategik dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi menyebar luas modul Skuad Waja dan i-MIND pada tahun 2022. Sebanyak dua program Skuad Waja dan satu program Skuad Waja -i-Mind telah pun dilaksanakan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Bagi meluaskan lagi peranan dan penyertaan di kalangan ahli AKRAB, MAK akan bekerjasama dan berkolaborasi dengan AKRAB di Kementerian/Agensi/Jabatan untuk mengadakan Konvensyen AKRAB Kebangsaan, melaksanakan program PROSPA@MAK dan melancarkan buku kompilasi kes 3.0 terbitan MAK pada tahun 2023. ULASAN KESELURUHAN Program MAK tetap berjaya diteruskan dengan menggunakan kaedah secara HIBRID (fizikal dan online) melalui medium facebook, Zoom dan Youtube. Permintaan untuk mengadakan pameran di kementerian / agensi awam juga mendapat sambutan sangat menggalakkan memandangkan perjumpaan secara fizikal telah dibenarkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy