Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

12 daerah Kuala Selangor, Melaka, Johor dan Hulu Terengganu. Kursus PFA secara dalam talian juga telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Pendidikan (PEKA) bagi melengkapkan ahli MAK dengan pengetahuan berkaitan. Seramai lebih 200 orang ahli MAK dari seluruh negeri telah berdaftar sebagai sukarelawan PROSPA. PROGRAM 2: KURSUS SKUAD WAJA – AKRAB 2022 Pada tahun 2022, MAK telah mendapat dana dari Jabatan Pembangunan Wanita untuk melaksanakan kursus Skuad Waja. WAJA bermaksud Wanita Anti Jenayah iaitu satu program bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat untuk mengambil tindakan bagi menghentikan sebarang keganasan terhadap wanita. Penceramah kursus merupakan Pegawai Psikologi daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Sebanyak tiga program Skuad Waja telah dilaksanakan iaitu Kursus Skuad Waja Siri 1 (Dengan kerjasama AKRAB JPA dan KBS) pada 29 Mac 2022 di Auditorium JPA, Kursus TOT Skuad Waja - i-MIND pada 18-19 Jun 2022 di Kompleks Rakan Muda, Raub dan Kursus Skuad Waja Siri 2 dengan kerjasama AKRAB Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 17 November 2022 di Dewan Makan, Kompleks JPM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy