Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

142 3. KURSUS PASCA AKRAB Kursus Pasca AKRAB peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah diadakan pada 20 hingga 22 Julai 2022 bertempat di Hotel Holiday Inn Express, Kuala Lumpur. Kursus ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Ahli AKRAB KPLB dan Agensi. Objektif utama kursus ini dijalankan adalah memberi pendedahan ilmu dan kemahiran kepada ahli AKRAB agar lebih berkeyakinan dalam mengendalikan sesi bimbingan kepada rakan sekerja serta meningkatkan pengetahuan dan pengalaman Rakan AKRAB berkaitan dengan bidang psikologi dan kaunseling. MESYUARAT JAWATANKUASA AKRAB KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB) DAN AGENSI Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB telah dijalankan seperti jadual berikut; BIL PERKARA TARIKH TEMPAT 1. Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB KPLB DAN AGENSI bil.1/2022 11/02/2022 Secara dalam talian 2. Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB KPLB DAN AGENSI bil.2/2022 03/06/2022 Secara dalam talian 3. Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB KPLB bil.3/2022 13/09/2022 Bilik mesyuarat Tanjong, TW 4. Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB KPLB bil.4/2022 07/11/2022 Bilik mesyuarat Aster, PSM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy