Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

143 PENCAPAIAN TERBAIK AHLI AKRAB KPLB DAN AGENSI BAGI TAHUN 2022 Bersempena dengan Progam Hari Psikologi KPLB yang telah diadakan pada 20 Oktober 2022 bertempat di Dewan Lestari, B1, AKRAB KPLB dan Agensi telah menerima Anugerah seperti kategori AKRAB KEMENTERIAN TERBAIK telah dianugerahkan kepada Puan Khairunnisak binti Rukani, manakala AKRAB AGENSI TERBAIK adalah daripada Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang telah diwakili oleh Encik Ahmad Zainal bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB AKRAB KPLB mencadangan agar pihak JPA dapat mengadakan pertemuan kerap dengan ahli AKRAB Perkhidmatan Awam seperti melaksanakan Konvensyen AKRAB setiap tahun dan hebahan secara meluas program anjuran MAK untuk ahli AKRAB di Kementerian agar dapat memberikan pendedahan yang lebih khusus berkenaan dengan fungsi dan peranan mereka sebagai ahli AKRAB. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Secara keseluruhannya, AKRAB Kementerian telah mendapatkan pengiktirafan dari pihak pengurusan atasan dalam memberikan perkhidmatan bimbingan psikologi kepada warga Kementerian. Ahli AKRAB KPLB juga perlu diberikan perhatian yang khusus dalam membantu menggerakkan aktiviti bimbingan psikologi kepada warga di kementerian ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy