Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

141 SENARAI PROGRAM AKRAB KPLB 1. KURSUS FASILITATOR SIRI 1/2022 Kursus Fasilitator Siri 1/2022 telah diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2022 bertempat di Bilik Latihan 1, Aras 3, Bangunan KPLB. Ianya melibatkan seramai 38 orang peserta terdiri daripada ahli AKRAB KPLB dan Agensi. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli AKRAB berkenaan dengan fungsi dan peranan fasilitator dalam mengendalikan program dan penyediaan modul yang akan diaplikasikan dalam melaksanakan program bersama kumpulan sasaran. 2. KURSUS FASILITATOR SIRI 2/2022 Kursus Fasilitator Siri 2/2022 telah diadakan pada 11 hingga 13 April 2022 secara dalam talian. Ianya telah disertai seramai 80 orang dalam kalangan AKRAB KPLB dan juga Agensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy