Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

123 PROGRAM KETIGA – PROGRAM CSR AKRAB KeTSA Tarikh : 29 September 2022 (Khamis) Tempat : Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor Sinopsis: Program CSR ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada ahli AKRAB untuk memberikan khidmat kepada masyarakat melalui program sukarelawan. Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti mengecat semula bangunan dan membersihkan serta mencantikkan lanskap kawasan surau di PUSPEN Dengkil. MESYUARAT DAN LAIN- LAIN Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tahun 2022 telah diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 19 Januari 2022 (Bil.1/ 2022), 6 Julai 2022 (Bil 2/ 2022) dan 2 November 2021 (Bil 3/ 2022). Mesyuarat ini dijalankan secara berkala untuk membincangkan pelaksanaan aktiviti/ program AKRAB yang telah dirancang dan melihat perkembangan sesi bimbingan yang telah dijalankan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy