Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

124 Pencapaian Terbaik AKRAB Kementerian/ Jabatan/ SUK AKRAB KeTSA telah menerima Anugerah Pekerja Contoh KeTSA bagi sesi Januari hingga Jun 2022 iaitu Puan Siti Nurrahayu binti Sulaiman (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia). CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 1. Mencadangkan agar Majlis Pentauliahan AKRAB dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dengan kerjasama Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) memandangkan terdapat beberapa Kementerian/Jabatan tidak dapat mengadakan majlis tersebut atas kekangan bajet. 2. Program pemantapan AKRAB perlu lebih banyak didedahkan kepada ahli AKRAB agar dapat digunapakai semasa menjalankan sesi bimbingan. 3. Promosi AKRAB juga perlu diperhebatkan kepada seluruh warga Kementerian agar kewujudan ahli Akrab ini dapat membantu mereka yang memerlukan bimbingan dan nasihat yang berguna bagi menangani masalah yang dihadapi. 4. Menjalankan proses pemutihan kepada semua ahli AKRAB yang aktif mahupun tidak aktif secara lebih terperinci agar sesuai dengan peranan kewujudan fungsi AKRAB itu sendiri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy