Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

122 PROGRAM PERTAMA – MAJLIS PENTAULIAHAN AKRAB KETSA TAHUN 2021 Tarikh : 31 Mac 2022 (Khamis) Tempat : Dewan Baiduri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Sinopsis: Majlis Pentauliahan AKRAB ini diadakan adalah untuk melantik dan mentauliahkan pegawai yang telah memenuhi syarat menjadi ahli AKRAB. Pegawai – pegawai ini telah melalui dan lulus ujian Program Pra AKRAB Tahap 1 dan 2 pada tahun 2021. Seramai 38 orang pegawai AKRAB KeTSA telah ditauliahkan dalam majlis ini PROGRAM KEDUA – PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB SECARA PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP) Tarikh : 20 hingga 21 Julai 2022 Tempat : Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan Sinopsis: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menjalinkan kerjasama pintar dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam menganjurkan Program Pemantapan AKRAB Siri 2/ 2022 KeTSA dan KWP pada 20 hingga 21 Julai 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, KWP. Program ini melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai AKRAB di KeTSA dan KWP.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy