Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

102 PROGRAM KHIDMAT BAKTI KEBAJIKAN KEPADA KOMUNITI AKRAB KPDNKSH Sarawak bersama-sama pihak pengurusan KPDNKSH Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Kudei, Kuching pada 29 September 2022.Pada lawatan tersebut, mangsa juga telah diberikan sokongan psikologi bagi membantu mereka mengurangkan kesan trauma yang berlaku akibat kejadian tersebut. PROGRAM ZIARAH AKRAB KPDNKSH NEGERI SARAWAK Sepanjang 2022 ini, AKRAB KPDNKSH Negeri Sarawak telah mengadakan beberapa siri kunjungan bagi menziarahi warga KDNHEP Negeri Sarawak yang telah kematian ahli keluarga / sakit / dilanda musibah. Pada kunjungan tersebut, AKRAB Negeri Sarawak telah memberikan sokongan psikologi kepada pegawai terbabit dan juga menyampaikan sedikit sumbangan hasil kutipan daripada warga KPDNKSH Negeri Sarawak bagi meringankan kesulitan pegawai dan keluarga.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy