Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

103 PROGRAM TEAM BUILDING WARGA KPDNKSH W.P LABUAN Program telah dilaksanakan pada 4 September 2022 bertempat di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Objektif program adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama antara warga KPDNKSH W.P Labuan. AKRAB W.P Labuan berperanan membantu sebagai urusetia dan fasilitator program berkenaan. LAPORAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA AKRAB TAHUN 2022 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa AKRAB Bil. 1/2022 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa AKRAB Bil. 2/2022 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa AKRAB KPDNKSH Sesi 2020/2022 telah dilaksanakan sebanyak 2 kali. Mesyuarat pertama ialah pada 26 Mei 2022 bertempat di Rumah Kelab, KPDNKSH dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan), KPDNKSH. Agenda mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan tentang perancangan program AKRAB bagi tahun 2022. Manakala mesyuarat kedua telah berlangsung pada 26 Oktober 2022 secara atas talian. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan program / aktiviti AKRAB KPDNKSH sepanjang tahun 2022 dan persediaan penyediaan laporan tahunan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy