Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

101 PROGRAM ZIARAH AKRAB KPDNKSH NEGERI TERENGGANU Pada 1 November 202, AKRAB KPDNKSH Negeri Terengganu bersama pasukan AJK Kelab Kebajikan KPDNKSH Negeri Terengganu telah menziarahi Encik Syamril bin Ngah, Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKSH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah kematian ibunya di Kampung Beladau Kolam Manir, Kuala Terengganu. Pada kunjungan tersebut, AKRAB Negeri Terengganu telah memberikan sokongan psikologi kepada pegawai terbabit dan juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau. PROGRAM KERJASAMA DENGAN AGENSI KOMUNITI Jemputan kepada AKRAB Sarawak (Puan Mastura binti Hj. Ariffin) sebagai Fasilitator untuk Kursus Latihan Mentor & Menti anjuran Kolej Komuniti Kuching pada 7 Januari 2022. Dalam program tersebut, beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman tentang kepimpinan seorang mentor.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy