Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

100 PROGRAM CERAMAH KEROHANIAN AMALAN NILAI MURNI Pada 25 Jun 2022 AKRAB KPDNKSH Negeri Johor telah menganjurkan Program Ceramah Nilai Murni. Seramai 30 orang peserta telah hadir ke program ini. Tajuk perkongsian ialah Akhlak Mulia : Nilai Murni & Budaya Kerja yang telah disampaikan oleh Ustazah Norhasnizah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Program ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran kepada warga KPDNKSH Negeri Johor tentang penerapan amalan nilai murni dalam pekerjaan dan kehidupan. PROGRAM SUKAN MUHIBBAH KPDNKSH NEGERI JOHOR Pada 16 Oktober 2022, AKRAB KPDNKSH Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan KPDNKSH Negeri Johor telah menganjurkan Program Sukan Muhibbah peringkat KPDNKSH Negeri Johor. Antara acara yang dipertandingkan ialah sukan tradisional seperti congkak, dart, karom, batu seremban dan dam aji. Melalui program ini, selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga KPDNKSH Johor, peserta juga dapat merehatkan minda dan meredakan tekanan beban kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy