Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

99 PROGRAM SESI AKTIVITI INTERAKTIF BERSAMA AKRAB KPDNKSH Program telah diadakan pada 18 Ogos 2022 bertempat di ruang legar Dewan Serbaguna KPDNKSH bersempena Program Keselamatan & Kesejahteraan Modal Insan: Pengurusan Gangguan Di Tempat Kerja anjuran Unit Pengurusan Psikologi, KPDNKSH. Antara aktiviti diadakan ialah Color Therapy Corner, Mini Games, Ujian Psikologi dan Kaunter Khidmat Nasihat yang dikendalikan oleh ahli AKRAB KPDNKSH. PROGRAM ZIARAH AKRAB KPDNKSH NEGERI SEMBILAN Pada 27 Oktober 2022, AKRAB KPDNKSH Negeri Sembilan pasukan AJK Kelab Kebajikan KPDNKSH Negeri Sembilan telah menziarahi Encik Hazlan bin AB Halim iaitu bekas pegawai KPDNKSH Kuala Pilah yang ditimpa musibah kebakaran rumah. Pada kunjungan tersebut, AKRAB Negeri Sembilan telah memberikan sokongan psikologi kepada pegawai terbabit dan juga menyampaikan sedikit sumbangan hasil kutipan daripada warga KPDNKSH Negeri Sembilan bagi meringankan kesulitan beliau dan keluarga.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy