249 BOOTH PSIKOLOGI DAN AKRAB PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PKPMP Tarikh : 8 -9 April 2021 Tempat : Lobi Aras 1, Istana Kehakiman Putrajaya Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari Peserta : 70 orang peserta Program bertemakan “ KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PEMANGKIN INSAN BERINTEGRITI ” memberi fokus kepada kaedah memantapkan cara gaya pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam pembangunan modal insan warga perkhidmatan awam khususnya warga PKPMP melalui pendekatan psikologi dan kaunseling. Booth Psikologi Dan AKRAB dapat memperkenalkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling serta peranan AKRAB kepada warga Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan mahkamah-mahkamah negeri. Selain itu, peserta yang hadir dapat mempelajari kaedah terapi yang digunapakai dalam intervensi psikologi dan juga memberi ruang kepada warga mahkamah untuk mendapatkan khidmat runding cara psikologi kaunseling secara langsung.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy