250 PROGRAM PEMANTAPAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPMP) TAHUN 2021 DAN MAJLIS AMANAT Program Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) PKPMP adalah bertujuan meningkatkan kemahiran dan kompetensi ahli AKRAB bagi membantu rakan sekerja selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005 : Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Program ini telah diadakan pada 8 Oktober 2021 (Jumaat) dan dihadiri seramai 64 orang Ahli AKRAB PKPMP seluruh Malaysia. Majlis Perasmian Penutup Program Pemantapan AKRAB PKPMP ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamri bin Bakar, Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Hasil daripada program ini, peserta telah dapat mengetengahkan teknik kontemporari dari energi psikologi bagi membantu warga kehakiman yang memerlukan serta dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran kaunseling dalam membentuk karakter, sikap dan gelagat individu dalam membimbing klien yang memerlukan perkhidmatan dari AKRAB.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy