248 MESYUARAT JAWATANKUASA AKRAB, PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPMP) Mesyuarat ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan program/ aktiviti AKRAB di PKPMP. AKRAB PKPMP adalah berperanan dalam membantu pihak Pengurusan membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan organisasi. Antara pelaksanaan dan perancangan aktiviti / program AKRAB PKPMP Tahun 2021 – 2022: a) Membangunkan Pelan Strategik AKRAB PKPMP, b) Pemerkasaan AKRAB khusus kepada pemantapan dalam melaksanakan sesi bimbingan/ runding cara, c) AKRAB Pakar - Mempunyai kepakaran dalam bimbingan selaras dengan tugasan hakiki (AKRAB berkemampuan memberi bimbingan menerusi sesi individu, sesi kelompok atau ceramah/ syarahan berhubung aspek psikologi/ kaunseling/ motivasi bertepatan atau selaras dengan isu-isu di jabatan masing- masing), d) AKRAB Care – Sebagai Support Group bagi tujuan Pelaksanaan Tempoh Pemerhatian Dasar Pemisah (Exit Policy), e) Program CSR (Coparate Social Responsibality) atau Family Day AKRAB, f) Koleksi Pengendalian Kes Bimbingan (Sumbangan Penulisan AKRAB) adaptasi sesi kaunseling/ rundingcara yang telah dilaksanakan. MESYUARAT DAN LAIN- LAIN
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy