Laporan Tahunan AKRAB 2021

105 AKRAB ZON SELATAN PROGRAM CSR: LAWATAN MESRA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN KPDNHEP NEGERI JOHOR SEMPENA RAMADHAN DAN SYAWAL 2021 Program ini telah diadakan pada 22 April 2021 dan 15 Mei 2021. Dalam program ini, Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Johor bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Johor yang juga merupakan Timbalan Pengerusi AKRAB KDPNHEP telah turun padang bagi melawat petugas Penguatkuasa KPDNHEP yang bertugas pada bulan Ramadhan dan Syawal. Pada lawatan tersebut juga sumbangan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan ini. PROGRAM CSR: ZIARAH AKRAB CARE AKRAB NEGERI SEMBILAN Program ini merupakan program kerjasama Badan Kebajikan KPDNHEP Negeri Sembilan dan AKRAB KPDNHEP Negeri Sembilan yang telah dilaksanakan antara bulan Januari hingga Disember 2021. Objektif program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan keperluan harian dan memberikan sokongan psikologi kepada warga KPDNHEP Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah yang dijangkiti serta terkesan akibat Covid-19.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy