Laporan Tahunan AKRAB 2021

104 2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI AKRAB KPDNHEP TAHUN 2021 AKRAB ZON UTARA AKRAB ZON TENGAH PROGRAM CSR: PENYAMPAIAN SUMBANGAN AKRAB CARE NEGERI PERAK Program ini telah diadakan pada 3 Ogos 2021 dengan kerjasama Kelab kebajikan KPDNHEP Perak, AKRAB dan pihak Aeon Falim, Perak. Sumbangan ini disampaikan kepada 20 orang penerima yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan kakitangan KPDNHEP Perak yang sakit dan dilanda musibah. Penyampaian disempurnakan oleh Puan Dottie Azlina Ismail, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Perak dan Pengerusi Kelab Kebajikan KPDNHEP Perak merangkap Pengerusi AKRAB KPDNHEP Perak. PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB: KURSUS BAHASA BADAN AKRAB SUPER Program ini telah diadakan selama 3 hari bermula pada 23 hingga 25 Jun 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Penceramah jemputan adalah Encik Shahrom bin Hassan iaitu merupakan seorang Kaunselor Berdaftar dan Pakar Bahasa Badan dari Twins One Global Sdn. Bhd. Program. Program telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta. Objektif program diadakan supaya ahli AKRAB dapat meningkatkan keyakinan dan pengaruh diri dengan baik serta membina kualiti perhubungan dengan menggunakan bahasa badan dan teknik komunikasi yang efisien.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy