Laporan Tahunan AKRAB 2021

106 AKRAB ZON TIMUR AKRAB ZON BORNEO PROGRAM HIKING MENCABAR MINDA POSITIF AKRAB NEGERI PAHANG DI RED FOREST, TEMERLOH DAN BUKIT GALING, KUANTAN. Program pertama diadakan pada 6 Oktober 2021 di Red Forest, Temerloh dengan kerjasama AKRAB Pahang bersama Puspanita, KPDNHEP Cawangan Jerantut, Cawangan Rompin dan Cawangan Temerloh. Manakala program kedua telah diadakan pada 10 Oktober 2021 di Bukit Galing, Kuantan oleh AKRAB Pahang bersama pegawai KPDNHEP Kuantan. Tujuan program diadakan adalah untuk membentuk jati diri dan mengembalikan semangat serta fikiran positif dalam melaksanakan tugasan harian ketika situasi pandemik selain mengeratkan silaturahim antara peserta. PROGRAM PENGURUSAN KREDIT AKRAB KPDNHEP NEGERI SARAWAK Program anjuran AKRAB KPDNHEP Negeri Sarawak ini telah diadakan pada 18 Mac 2021 secara dalam talian melalui Microsoft Teams. Seramai 141 orang peserta daripada KPDNHEP Negeri Sarawak dan AKRAB KPDNHEP telah hadir bagi menyertai program ini. Pengisian program telah disampaikan oleh pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Sarawak dengan tujuan agar pegawai KPDNHEP Sarawak dapat mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemah sebagai budaya hidup.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy