PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

Pekeliling ini terpakai bagi semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk pada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini diperluas pelaksanaannya kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pekeliling ini berfungsi sebagai punca kuasa utama yang melatari seluruh kerangka pembaharuan tadbiran sektor awam sekaligus menyelaraskan semua pekeliling berkaitan bagi memastikan dasar penyampaian perkhidmatan sentiasa koheren dan bersepadu. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah (APKP) yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri adalah terbatal. Selanjutnya, Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam (SPPSA) diberi kuasa untuk membatalkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA), Pekeliling Am (PA), Surat Pekeliling Am (SPA), Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Arahan Ketua Pengarah (SAKP) dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU. Pembatalan dokumen dasar ini akan dibuat secara berperingkat bagi memastikan urus tadbir kerajaan kekal relevan, tersusun dan berkesan. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga dibatalkan. Sebarang semakan semula adalah tertakluk kepada arahan terkini atau keperluan perkembangan semasa. Melalui integrasi pekeliling, surat pekeliling dan instrumen operasi, agenda pembaharuan tadbiran sektor awam akan berada di landasan yang lebih kukuh dan berorientasikan masa depan. Segala usaha ini melampaui sekadar perubahan prosedur di atas kertas, sebaliknya terus diterjemahkan sebagai manifestasi komitmen bagi membina perkhidmatan awam yang responsif, efektif serta kekal relevan. Dengan berpaksikan tadbir urus yang cemerlang, sektor awam akan terus menjadi nadi penggerak utama dalam memacu kemajuan negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang, mampan serta berintegriti. 20 PEMAKAIAN PEMBATALAN PENUTUP 7 8 9 10 TARIKH KUAT KUASA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy