PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM: EKOSISTEM PEMBAHARUAN TADBIRAN SEKTOR AWAM Dalam mendepani landskap pentadbiran yang semakin rencam dan ekspektasi rakyat yang kian dinamik, sektor awam dituntut untuk terus mempertingkatkan keupayaan dan menyesuaikan kaedah kerja agar kekal relevan serta responsif terhadap keperluan semasa. Sehubungan dengan itu, Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam (PPSA) diperkenalkan sebagai dokumen rujukan utama yang menggariskan panduan strategik secara menyeluruh. Dokumen berwajah baharu ini berperanan sebagai kompas pembaharuan bagi memastikan setiap usaha pembaharuan dilaksanakan dengan penuh ketelitian demi memaksimumkan impak keberhasilan yang nyata dan bermakna. Pelaksanaan inisiatif ini diperkukuh menerusi Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam dan Instrumen Operasi yang diterbitkan secara modular mengikut bidang-bidang tertentu. Pendekatan modular ini menyediakan panduan teknikal yang lebih terperinci sekali gus memberikan fleksibiliti kepada setiap jentera kerajaan untuk menyesuaikan pelaksanaan gerak kerja mengikut acuan dan keperluan masing-masing. Pekeliling ini turut memperkenalkan ekosistem tadbir urus pembaharuan yang dinamik dan tangkas dalam mendepani ketidaktentuan persekitaran serta perkembangan pesat teknologi global. Pendekatan ini menekankan sinergi kerjasama bukan sahaja dalam kalangan rakan strategik di dalam negara, malah turut merangkumi kerjasama dengan rakan strategik di peringkat antarabangsa serta penglibatan aktif pihak berkepentingan, bagi memastikan setiap keputusan dan tindakan sentiasa berteraskan kepentingan awam, seterusnya memacu kecemerlangan penyampaian perkhidmatan secara holistik. Tuntasnya, saya yakin bahawa melalui pengoperasian PPSA ini, perkhidmatan awam Malaysia akan terus memperkukuh daya tahan dan keupayaannya dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sekali gus memenuhi, malah melangkaui, ekspektasi rakyat demi menjamin kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negara yang mampan. (TAN SRI SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR) Ketua Setiausaha Negara Malaysia KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Rujukan : JPA/ Tarikh: 14 April 2026 Telefon Faks : 03 8872 7211 : 03 8889 4479

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy