77 Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah 4. Jabatan baharu bertanggungjawab sebagai pejabat pembayar BIAPW. 5. Ketua Jabatan hendaklah menyatakan kelayakan pemberian BIAPW dalam surat pertukaran/ penempatan antara wilayah yang dikeluarkan kepada pegawai seperti kenyataan di bawah sama ada: i. pegawai layak dibayar BIAPW berdasarkan Lampiran SR.8.1.2(A35), Ceraian SR.8.1.2 dan pindaannya; atau ii. pegawai tidak layak dibayar BIAPW berdasarkan Lampiran SR.8.1.2(A35), Ceraian SR.8.1.2 dan pindaannya. 6. Pembayaran BIAPW hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai. Kadar 1. Bayaran pertama BIAPW iaitu pada kadar separuh daripada gaji pokok yang diterima oleh pegawai semasa diarahkan bertukar wilayah; dan 2. Bayaran kedua BIAPW iaitu baki berasaskan kepada gaji pokok yang diterima oleh pegawai semasa diarahkan bertukar kembali ke wilayah asalnya yang ditolak daripada bayaran pertama BIAPW atau kadar penuh sebulan gaji pokok yang diterima oleh pegawai semasa diarahkan bertukar kembali ke wilayah asalnya sekiranya pegawai tidak menerima bayaran pertama BIAPW semasa bertukar wilayah. Penerima Semua skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam kecuali dinyatakan di atas. Catatan 1. Pegawai bertukar wilayah iaitu pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya dalam keadaan-keadaan berikut: a. pegawai yang berasal dari Sabah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sarawak atau Labuan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy