Elaun Dalam Perkhidmatan

 76 Lampiran SR.8.1.2 (A35) Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah Tahun Pewujudan 1980 Objektif Dibayar kepada pegawai yang diarahkan bertukar wilayah bagi membantu pegawai mengurus keperluan diri serta keluarga di wilayah berkenaan. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun Syarat Kelayakan 1. Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah (BIAPW) layak dibayar kepada pegawai yang diarahkan bertukar wilayah dan/ atau diarah bertukar kembali ke wilayah asalnya kecuali: a. pegawai lantikan baharu yang melapor diri bagi penempatan pertama; b. pegawai sedang berkhidmat yang dilantik ke jawatan lain seperti mana kaedah pelantikan yang dinyatakan dalam Bahagian II, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan pindaannya; dan c. pegawai yang diluluskan permohonan pertukaran antara wilayah. 2. Bagi pegawai dan pasangan yang diarahkan bertukar ke wilayah yang sama, hanya salah seorang layak dibayar berasaskan kepada pegawai yang menerima gaji lebih tinggi atau pegawai yang terlebih dahulu bertukar wilayah. 3. Manakala pegawai dan pasangan yang diarahkan kembali ke wilayah asal, kelayakan bayaran kedua BIAPW adalah berasaskan kepada baki bayaran pertama BIAPW yang telah diterima oleh pegawai/ pasangan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy