Elaun Dalam Perkhidmatan
84 Lampiran SR.8.1.2 (A40) Bayaran Insentif Pedalaman Tahun Pewujudan 1980 Objektif Menggalakkan pegawai untuk berkhidmat di kawasan pedalaman yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang memenuhi syarat-syarat berikut: (i) Diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman; (ii) Tinggal menetap di kawasan pedalaman; dan (iii) Berkhidmat selama tempoh satu (1) bulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman. 2. Senarai kawasan pedalaman perlu dirujuk kepada Kerajaan Negeri yang terlibat . Kadar 1. Penerima sedia ada: Kadar tetap berdasarkan amaun terakhir Bayaran Insentif Pedalaman yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa SSPA. 2. Penerima lantikan baharu/pegawai sedia ada yang baru berkelayakan menerima kadar tetap berikut: Kumpulan Perkhidmatan Gred Kadar Sebulan (RM) Pengurusan dan Profesional 9 - 15 210.00 Pelaksana 5 - 8 150.00 1 - 4 135.00
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy