Elaun Dalam Perkhidmatan

 44 Imbuhan Tetap Perumahan menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan dibayar ITP separuh daripada kadar penuh ITP tersebut. Pemberian ITP kepada Pegawai yang Disediakan Kemudahan Perumahan Tetapi Tidak Dianggap Sebagai Kuarters di Kawasan Pedalaman 6. Pemberian ITP kepada pegawai yang disediakan kemudahan perumahan tetapi rumah tersebut tidak dianggap sebagai kuarters (Rumah Kerajaan) di kawasan pedalaman tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) Penentuan kawasan pedalaman adalah sepertimana senarai kawasan pedalaman negeri yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dan pindaannya dari semasa ke semasa: (ii) Kemudahan perumahan yang disediakan itu tidak menepati ketiga-tiga kriteria perumahan Kerajaan sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri iaitu: (a) Sebuah rumah yang dijadikan kuarters di kawasan pedalaman hendaklah diperoleh atau dibina dengan peruntukan Kerajaan; (b) Diselenggara oleh Kerajaan; dan (c) Mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, kaedah pembuangan najis dan kumbahan yang sempurna. (iii) Sebarang keraguan berhubung definisi kuarters seperti yang dijelaskan di atas, boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri. 7. Bagi pegawai yang disediakan kemudahan perumahan tetapi rumah tersebut tidak dianggap sebagai kuarters di kawasan pedalaman , layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar penuh: (i) Termasuk dalam keadaan berikut: (a) Pegawai yang mendiami kuarters yang diperuntukkan kepada pasangan pegawai;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy