Elaun Dalam Perkhidmatan

 43 Imbuhan Tetap Perumahan berikut: (i) Termasuk dalam keadaan berikut: (a) Pegawai tersebut mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa dalam keadaan pegawai itu dibenarkan untuk menduduki kuarters; atau (b) Bagi pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa, pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau melebihi kadar 25% daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya. (ii) kecuali, jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai itu menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai hanya akan dibayar separuh daripada kadar 25% daripada ITP tersebut. Pemberian ITP kepada Pegawai yang Tidak Diperuntukkan Kuarters 5. Bagi pegawai yang tidak diperuntukkan kuarters, layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar penuh: (i) Termasuk dalam keadaan berikut: (a) Pegawai yang mendiami kuarters yang diperuntukkan kepada pasangan pegawai; (b) Pegawai mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa; atau (c) Pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar penuh atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau lebih daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya. (ii) Kecuali, jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy