Elaun Dalam Perkhidmatan
45 Imbuhan Tetap Perumahan atau (b) Pegawai mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa; atau (c) Pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar penuh atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau lebih daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya. (ii) Kecuali, jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan dibayar ITP separuh daripada kadar penuh ITP tersebut. Pemberian ITP kepada Pegawai yang Diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan 8. Bagi pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan ( kecuali Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan APMM) layak menerima bayaran ITP pada kadar 50% daripada kelayakan pegawai dan tidak dikenakan bayaran sewa: (i) Termasuk dalam keadaan berikut: (a) Pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa; atau (b) Pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar 50% daripada kelayakan pegawai atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau melebihi kadar 50% daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya (ii) Kecuali jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan menerima bayaran separuh daripada kadar 50% daripada ITP tersebut.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy