Elaun Dalam Perkhidmatan

 42 Lampiran SR.8.1.2 (A14) Imbuhan Tetap Perumahan Tahun Pewujudan 1967 Objektif Menampung sebahagian kos perumahan pegawai perkhidmatan awam. Kriteria Sara Hidup Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan 1. Pegawai tidak menduduki Rumah Kerajaan atau rumah yang disewa oleh Kerajaan layak menerima kadar penuh Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Pemberian ITP kepada Pegawai yang Diperuntukkan Kuarters 2. ITP diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk Perkhidmatan Bomba dan Perkhidmatan Penjara yang mendiami kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP pegawai. 3. Penetapan pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai tidak terpakai kepada pegawai yang diperuntukkan: (i) Rumah Biasa Kerajaan dan berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan (kecuali Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); (ii) Rumah Khas Jabatan; (iii) Rumah Khas Jawatan; (iv) Rumah Kediaman Luar Negeri; (v) Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan; atau (vi) kemudahan perumahan yang tidak dianggap sebagai kuarters di kawasan pedalaman. 4. Bagi pegawai yang diperuntukkan kuarters, pegawai itu layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai dalam keadaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy