Elaun Dalam Perkhidmatan

 28 Lampiran SR.8.1.2 (A8) Bayaran Insentif Pakar Tahun Pewujudan 1957 Objektif Memastikan perkhidmatan kepakaran perubatan diberikan adalah berkualiti dan disampaikan oleh pakar-pakar perubatan yang diwartakan. Kriteria Kelayakan Pemakaian syarat umum pemberian elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan Dibayar kepada: 1. Pegawai Perubatan Pakar (Klinikal) iaitu Pegawai Perubatan/Pensyarah Perubatan yang diwartakan sebagai pakar; 2. Pegawai Pergigian Pakar (Klinikal) iaitu Pegawai Pergigian/Pensyarah Pergigian yang diwartakan sebagai pakar; 3. Pegawai Perubatan Pakar (Kesihatan Awam) seperti syarat-syarat pewartaan berikut: (i) Merupakan Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan (ii) Mempunyai kelulusan berikut: (a) Sarjana Kesihatan Awam [Master in Public Health (MPH)/ Master in Hospital Administration (MHA)/ Master in Health Planning (MHP)] dengan mengikuti pengajian selama empat (4) tahun; (b) mempunyai kelulusan Sarjana Kesihatan Awam (MPH/MHA/MHP) dengan mengikuti pengajian selama satu (1) tahun dan Doktorat Kesihatan Awam (DrPH) selama tiga (3) tahun; atau (c) Mempunyai kelulusan MPH/MHA/MHP dengan mengikuti pengajian selama satu (1) tahun pengajian sebelum tahun 2000 dan telah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam selama lapan (8) tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy