Elaun Dalam Perkhidmatan

 29 Bayaran Insentif Pakar (iii) Pegawai Perubatan lulusan Sarjana Kesihatan Awam yang mengikuti pengajian kurang daripada empat (4) tahun pada tahun 2000 dan selepasnya, tidak layak diwartakan sebagai pakar. (iv) Semua kelulusan ijazah yang dinyatakan di atas, mestilah diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan- kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 4. Pegawai Pergigian Pakar (Kesihatan Awam) seperti syarat-syarat pewartaan berikut: (i) merupakan Pengamal Pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia; dan (ii) mempunyai kelulusan seperti berikut: (a) Sarjana Kesihatan Awam Pergigian dengan mengikuti pengajian selama empat (4) tahun; (b) Sarjana Kesihatan Awam Pergigian dengan mengikuti pengajian selama satu (1) tahun dan Doktor Kesihatan Awam Pergigian (DrDPH) selama tiga (3) tahun; (c) Doktor Falsafah (PhD) Kesihatan Awam Pergigian; atau (d) Sarjana Kesihatan Awam Pergigian dengan mengikuti pengajian kurang dari empat (4) tahun sebelum tahun 2011 dan telah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam pergigian selama lapan (8) tahun selepas menerima kelayakannya. 5. Bagi tujuan pembayaran bagi pegawai di perenggan (a), (b), (c) dan (d), pegawai hendaklah diwartakan sebagai pakar oleh Ketua Pengarah Kesihatan dengan nasihat tiga orang pegawai pakar yang dipilih olehnya atau Jawatankuasa Khas Perubatan/ Jawatankuasa Khas setaraf dengannya yang ditubuhkan oleh Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy