Elaun Dalam Perkhidmatan

 27 Lampiran SR.8.1.2 (A7) Bayaran Insentif Bahasa (PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia) Tahun Pewujudan 1957 Objektif Menjamin perkhidmatan penterjemahan bahasa di PDRM dan Jabatan Penjara dilaksanakan dengan betul dan tepat. Kriteria Kelayakan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan Dibayar kepada Pegawai Rendah Polis dan Konstabel serta Pegawai Penjara yang mempunyai sijil atau kelulusan yang diiktiraf oleh badan perkhidmatan berkaitan dan dilantik sebagai jurubahasa. Kadar Bahasa Yang Layak Dibayar Kadar Sebulan (RM) 1. Russia 2. Arab 3. Jerman 4. Jepun 5. Korea 6. Tagalog 7. Vietnam 8. Kampuchea 9. Perancis 10. Tamil 11. Urdu 12. Jawa 13. Thai 14. Hainan (Cina) 15. Hokkien (Cina) 16. Teochew (Cina) 50.00 satu bahasa (maksimum 100.00 jika mempunyai kemahiran 2 bahasa atau lebih) Kadar tambahan: Bagi pegawai yang mempunyai kecekapan lisan dalam Bahasa Mandarin dan tulisan Cina, kadar elaun adalah sebanyak RM58.00 sebulan. Penerima 1. Jabatan Penjara Malaysia 2. Polis Diraja Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy