Elaun Dalam Perkhidmatan
165 Lampiran SR.8.1.2 (A73) Bayaran Imbuhan Sara Hidup Tahun Pewujudan 2005 Objektif Menampung sebahagian perbelanjaan sara hidup mengikut tempat bertugas. Kriteria Sara Hidup Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan 1. Layak dibayar kepada: (i) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana; (ii) Pegawai lantikan tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan guru interim; (iii) Pegawai yang diluluskan sebarang jenis cuti bergaji penuh; (iv) Pegawai yang diluluskan Cuti Perubatan Khas; (v) Pegawai yang diluluskan sebarang jenis cuti separuh gaji dibayar atas kadar separuh; (vi) Pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh di dalam negara dibayar mengikut lokasi institusi pengajian. Bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/kursus jangka panjang di Sabah, Sarawak atau Labuan, kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) adalah mengikut Kawasan A; (vii) Pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di dalam negara dibayar atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajian; (viii) Pegawai yang menduduki rumah Kerajaan: (a) dalam lingkungan 25km dari pejabat layak BISH atas kadar separuh (50%) daripada kelayakan pegawai; atau (b) di luar lingkungan 25km dari pejabat layak BISH atas kadar penuh (100%);
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy