Elaun Dalam Perkhidmatan
164 Lampiran SR.8.1.2 (A72) Bayaran Insentif Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun Pewujudan 2004 Objektif Memastikan keberkesanan pengurusan konservasi hidupan liar dan penguatkuasaan undang-undang hidupan liar. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun ( Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1 ) . Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia yang menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang hidupan liar dan konservasi hidupan liar seperti berikut: (i) Pegawai Hidupan Liar; (ii) Penolong Pegawai Hidupan Liar; (iii) Pembantu Hidupan Liar; (iv) Pegawai Veterinar; (v) Penolong Pegawai Veterinar; (vi) Pembantu Laut; dan (vii) Pembantu Khidmat Am. 2. Bagi pegawai dalam skim perkhidmatan (iv) hingga (vii) dalam senarai di atas, pegawai perlu dilantik oleh Ketua Pengarah PERHILITAN untuk menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang hidupan liar dan konservasi hidupan liar. Kadar RM300.00 sebulan Penerima Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy