164 Lampiran SR.8.1.2 (A72) Bayaran Insentif Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun Pewujudan 2004 Objektif Memastikan keberkesanan pengurusan konservasi hidupan liar dan penguatkuasaan undang-undang hidupan liar. Kriteria Penempatan Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun (Perenggan 8, Ceraian SR.8.1.1). Syarat Kelayakan 1. Dibayar kepada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia yang menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang hidupan liar dan konservasi hidupan liar seperti berikut: (i) Pegawai Hidupan Liar; (ii) Penolong Pegawai Hidupan Liar; (iii) Pembantu Hidupan Liar; (iv) Pegawai Veterinar; (v) Penolong Pegawai Veterinar; (vi) Pembantu Laut; dan (vii) Pembantu Khidmat Am. 2. Bagi pegawai dalam skim perkhidmatan (iv) hingga (vii) dalam senarai di atas, pegawai perlu dilantik oleh Ketua Pengarah PERHILITAN untuk menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang hidupan liar dan konservasi hidupan liar. Kadar RM300.00 sebulan Penerima Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy