Elaun Dalam Perkhidmatan
151 Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (v) pegawai suami dan isteri yang bertukar wilayah yang sama dan tidak mendiami rumah Kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih BIPW; (vi) pegawai yang bercuti tanpa gaji tidak layak kedua-dua BIPW dan ITP; (vii) pegawai menghadiri kursus melebihi 3 bulan tidak layak BIPW; (viii) pegawai yang telah membeli rumah dalam stesen dengan pinjaman perumahan Kerajaan tidak layak dibayar BIPW tetapi layak ITP; (ix) pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan dalam lingkungan 25 km dari ibu pejabat dengan menggunakan pinjaman perumahan Kerajaan layak dibayar BIPW; dan (x) pegawai yang bertukar wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan semasa pertukaran, akan kehilangan secara pro rata BIPW bagi tempoh tambahan beliau tinggal di hotel. 3. Semua pegawai yang bertukar wilayah dikehendaki mengisi borang di Lembaran SR.8.1.2 (A67-2) untuk maksud menentukan kelayakan masing-masing. Kadar 1. Kadar adalah seperti di Lembaran SR.8.1.2 (A67-1); 2. Penentuan kelayakan kadar adalah berpandukan kepada bandar atau kawasan di mana terletaknya pejabat pegawai. Kawasan bandar hendaklah berpandukan kepada kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan; dan 3. Kadar ITP digunakan jika kadar BIPW bagi kawasan tersebut adalah lebih rendah. Penerima Semua skim perkhidmatan dalam perkhidmatan awam kecuali dinyatakan di atas. Catatan 1. Pegawai bertukar wilayah iaitu pegawai yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy