Elaun Dalam Perkhidmatan

 152 Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya dalam keadaan-keadaan berikut: (i) pegawai yang berasal dari Sabah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sarawak atau Labuan; (ii) pegawai yang berasal dari Sarawak dan ditempatkan berkhidmat di Sabah, Semenanjung atau Labuan; (iii) pegawai yang berasal dari Semenanjung dan ditempatkan berkhidmat di Sarawak, Sabah atau Labuan; atau (iv) pegawai berasal dari Labuan dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. 2. Penentuan wilayah asal adalah berdasarkan perkara- perkara seperti berikut: (i) wilayah kelahiran ibu bapa pegawai sekiranya ibu dan bapa pegawai lahir di wilayah yang sama; (ii) wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza; (iii) bagi pegawai yang ibu bapanya memperoleh taraf penduduk tetap atau warganegara Malaysia, wilayah asal mereka adalah merujuk kepada wilayah tempat tinggal ibu bapa pegawai berkenaan ketika memperoleh Kad Pengenalan Bertaraf Penduduk Tetap atau Sijil Warganegara Malaysia; (iv) wilayah kelahiran ibu atau bapa angkat bagi pegawai yang diambil sebagai anak angkat melalui pengangkatan yang sah; atau (v) kes-kes lain selain yang dijelaskan di perenggan (i) hingga (iv) di atas hendaklah dirujuk kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan. 3. Pegawai bertukar wilayah hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya semasa pertama

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy