Elaun Dalam Perkhidmatan
150 Lampiran SR.8.1.2 (A67) Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah Tahun Pewujudan 2002 Objektif Menampung sebahagian kos perumahan bagi pegawai yang bertukar wilayah. Kriteria Sara Hidup Pemakaian Syarat Umum Pemberian Elaun Tidak tertakluk kepada pemakaian syarat umum pemberian elaun. Syarat Kelayakan 1. Layak dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah kecuali : (i) skim perkhidmatan ATM; (ii) skim perkhidmatan PDRM; (iii) skim perkhidmatan APMM; (iv) Pegawai Bomba Gred KB1 hingga KB10; dan (v) Pegawai Penjara Gred KA1 hingga KA10. 2. Dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai mengisytiharkan wilayah asal atau tarikh melaporkan diri di wilayah baharu, mengikut mana yang terkemudian, tertakluk kepada peraturan seperti berikut: (i) pegawai yang dibayar Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (BIPW) tidak layak Imbuhan Tetap Perumahan (ITP); (ii) pegawai yang tidak mendiami rumah Kerajaan boleh memilih sama ada menerima BIPW atau ITP; (iii) pegawai yang mendiami rumah Kerajaan tidak layak dibayar BIPW dan layak dibayar ITP mengikut kadar yang ditetapkan (rumah diperuntukkan kepada pegawai secara perseorangan atau secara berkongsi); (iv) pegawai yang mendiami rumah Kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isteri, tidak layak BIPW tetapi layak ITP;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy