Elaun Dalam Perkhidmatan

 7 (iii) bayaran insentif diberi berasaskan kriteria kelayakan dan penempatan ; dan (iv) bayaran balik yang diberi berasaskan kriteria bayaran balik perbelanjaan . Syarat Umum Pemberian Elaun 7. Syarat umum pemberian elaun menjelaskan keadaan-keadaan yang menyebabkan seseorang pegawai akan hilang kelayakan pemberian elaun. 8. Syarat ini menetapkan bahawa pemberian elaun akan terhenti mulai hari pertama apabila pegawai berada dalam keadaan berikut: (i) Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji); (ii) Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji); (iii) menghadiri kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; (iv) Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; (v) cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; (vi) kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran; atau (vii) menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy