Elaun Dalam Perkhidmatan
8 Pembayaran Elaun 9. Pembayaran elaun adalah berdasarkan kelayakan pegawai, antaranya mengikut gred, skim perkhidmatan, tempoh masa (jumlah jam, harian atau bulanan), bilangan operasi atau apa-apa bentuk pengiraan yang ditetapkan. 10. Pengiraan pro-rata terpakai bagi elaun yang dibayar secara bulanan sekiranya pegawai berada dalam dua (2) keadaan seperti berikut: (i) tempoh penempatan pegawai di pejabat baharu tidak genap satu (1) bulan kalendar; atau (ii) pegawai diarah menjalankan tugas yang melayakkan pemberian elaun tertentu tidak genap satu (1) bulan kalendar. 11. Kaedah pengiraan pro rata adalah seperti yang berikut: Bilangan Hari Menjalankan Tugas* ----------------------------------------------- X Kadar Sebulan Elaun Bilangan Hari Dalam Bulan Berkenaan *Pegawai perlu menjalankan tugas sekurang-kurangnya empat (4) jam untuk dikira sebagai satu (1) hari. 12. Pembayaran elaun menjadi tanggungjawab jabatan di mana pegawai ditempatkan. Sekiranya elaun tersebut belum dibayar oleh jabatan asal bagi tempoh sebelum pegawai bertukar ke jabatan baharu, bayaran dalam tempoh tersebut hendaklah dibuat oleh jabatan asal. Pemberhentian Pembayaran Elaun 13. Pembayaran elaun hendaklah diberhentikan sekiranya: (i) pegawai tidak melaksanakan tugas yang melayakkan pemberian elaun; (ii) pegawai tidak ditempatkan di penempatan (perjawatan atau kawasan) yang melayakkan pemberian elaun; atau (iii) pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy