Elaun Dalam Perkhidmatan

 133 Bil. Bidang Tugas Deskripsi Tugas 2.3 Menguruskan keselamatan peti besi atau bilik kebal dimana wang awam dan barang- barang bernilai disimpan. (1) Menyimpan selamat wang awam dan buku kaunterfoil hasil, dokumen dan barang lain yang berharga termasuk kunci mesin meresit dalam peti besi/ bilik kebal. (2) Menyimpan selamat dan mengendalikan penyerahan kunci kombinasi/anak kunci peti besi/bilik kebal. (3) Mengesah dan memperakui kandungan peti besi/bilik kebal dari semasa ke semasa. (4) Melaporkan kehilangan anak kunci peti besi/bilik kebal kepada Ketua Pejabat. 2.4 Mengurus dan memantau akaun bank. (1) Menyedia atau memproses permohonan pembukaan dan penutupan akaun bank serta mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat pengurusan akaun bank. (2) Menyedia Penyata Penyesuaian Bank dan mengambil tindakan susulan. (3) Memantau penerimaan dan membuat semakan Penyata Penyesuaian Bank. 2.5 Mengurus dan mengendalikan pengedaran wang tunai, cek dan Electronic Fund Transfer (EFT). (1) Mengurus bekalan, penyimpanan dan penggunaan cek kosong. (2) Mengurus penyediaan cek bayaran termasuk mendapatkan tandatangan, menyemak ketepatan dan menyisih cek. (3) Menguruskan penghantaran cek. (4) Mengutip cek dan merekod dalam Daftar Pembayaran. (5) Menguruskan penunaian cek terbuka. (6) Menyerahkan wang tunai atau cek kepada penerima berhak. (7) Menguruskan cek atau EFT gantian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy