Elaun Dalam Perkhidmatan
134 Bil. Bidang Tugas Deskripsi Tugas 2.6 Mendapatkan semula dan mengakaunkan perbelanjaan tidak rasmi atau terlebih bayar. (1) Mendapatkan maklumat butir-butir perbelanjaan tidak rasmi (contoh: panggilan telefon persendirian) atau bayaran yang terlebih bayar oleh jabatan. (2) Menyediakan surat atau memo tuntutan bayaran balik dan membuat kutipan. (3) Menyelaraskan amaun yang dikutip. 2.7 Menyelenggara dokumen/ borang kewangan terkawal. (1) Mengurus bekalan borang-borang kewangan terkawal seperti Resit Rasmi, Pesanan Kerajaan, Inden Kerja, Waran Perjalanan, Lesen, Buku Tunai Cerakinan dan dokumen kewangan terkawal lain. (2) Merekod dan menyimpan selamat borang atau dokumen kewangan terkawal seperti surat perjanjian, dokumen tender dan lain- lain. (3) Mengendalikan urusan kehilangan dan pelupusan dokumen atau borang kewangan terkawal. 2.8 Mengendalikan Buku Daftar Cek Terimaan. (1) Merekod dan mengemaskini Buku Daftar Cek Terimaan. (2) Menyemak dan mengesahkan ketepatan butiran dalam Buku Daftar Cek Terimaan. 3. PENGURUSAN TERIMAAN 3.1 Mengurus pengeluaran invois semua jenis terimaan wang awam. (1) Mengumpul dan menyediakan maklumat untuk pengeluaran invois. (2) Mengeluarkan dan menguruskan penghantaran invois.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy