Elaun Dalam Perkhidmatan

 132 Bil. Bidang Tugas Deskripsi Tugas 2. PENGURUSAN KEWANGAN AM 2.1 Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar. (1) Merekod dan mengemaskini buku tunai panjar. (2) Menyemak dan mengesah buku tunai panjar. (3) Menyedia dan memproses baucar panjar dan Arahan Pembayaran rekupmen panjar. (4) Menyemak permohonan kiriman wang panjar. (5) Memproses penghantaran wang panjar. (6) Menyedia atau menyemak jurnal dan Penyata Penyesuaian Panjar. (7) Menyedia Sijil Perakuan Panjar. (8) Menyemak dan mengesah Sijil Perakuan Panjar. 2.2 Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan telefon bimbit ( smart phone ) dan pinjaman kenderaan. (1) Memproses permohonan atau kelulusan semua jenis pendahuluan atau pinjaman Pegawai Perkhidmatan Awam termasuk pinjaman perumahan dan lain-lain pinjaman yang diluluskan oleh Kerajaan. (2) Merekod, mengemaskini dan menyemak buku daftar semua jenis pendahuluan atau pinjaman. (3) Memantau bayaran balik pendahuluan atau pinjaman serta mengambil tindakan pelarasan sekiranya perlu. (4) Menyemak baki dan membuat pengiraan tunggakan bayaran balik serta denda yang perlu dikenakan. (5) Menyedia dan mengedar laporan atau penyata akaun peminjam kepada pihak berkaitan. (6) Menyemak laporan akaun peminjam pendahuluan atau pinjaman dan mengambil tindakan susulan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy