Elaun Dalam Perkhidmatan
131 Lembaran SR.8.1.2 (A62-1) Bidang Dan Deskripsi Tugas Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Bil. Bidang Tugas Deskripsi Tugas 1. PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 1.1 Menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan. (1) Mendapatkan maklumat dalam penyediaan dasar belanjawan. (2) Menyedia pekeliling atau surat arahan berhubung dengan penyediaan anggaran belanjawan. (3) Memastikan cadangan anggaran belanjawan disediakan mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan atau surat arahan penyediaan anggaran belanjawan. (4) Menyediakan cadangan anggaran belanjawan tahunan yang disatukan dan mengemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan dalam jangka masa yang ditetapkan. (5) Membantu pegawai dalam pemeriksaan dan pembentangan belanjawan. 1.2 Mengurus dan mengawal peruntukan. (1) Menyedia dan mengagihkan waran peruntukan. (2) Menguruskan pindahan, agihan, tambahan dan tarik balik peruntukan. (3) Mengemas kini rekod waran peruntukan. 1.3 Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan. (1) Merekod dan mengemaskini Buku Vot. (2) Menyemak dan mengesahkan Buku Vot/ Laporan Kedudukan Vot/ Dana. (3) Menyediakan laporan perbelanjaan dari semasa ke semasa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy