Pelantikan
557 Bil. Keputusan Akhir Tindakan Disiplin dan Personaliti Kefahaman Komitmen iii. Lulus Gagal Gagal Pegawai perlu memohon kepada jabatan/ ILA yang mengendalikan PTM untuk mengulang keseluruhan modul PTM secara fizikal atau dalam talian, dan mengambil ujian kefahaman melalui e-Penilaian. 53. Sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan PTM pada sesuatu sesi yang berkenaan, pegawai hendaklah melaksanakan tindakan berikut: (a) mendapatkan kebenaran untuk meninggalkan PTM daripada urus setia; (b) memohon untuk melengkapkan baki modul di sesi seterusnya sepertimana yang dijelaskan di perenggan 38; dan (c) menghadiri modul dan melengkapkan penilaian berkaitan. PEMANTAUAN 54. Setiap modul PTM yang telah diperuntukkan di dalam Ceraian ini adalah penting untuk pembentukan minda dan sikap yang betul bagi pegawai lantikan baharu. Sehubungan itu, pemantauan akan dilaksanakan oleh JPA dari semasa ke semasa ke mana-mana jabatan/ ILA bagi memastikan pematuhan pelaksanaan PTM berjalan lancar berdasarkan Ceraian ini. TARIKH KUAT KUASA 55. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. PEMBATALAN 56. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam Dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) adalah dibatalkan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy