Pelantikan
556 (ii) memaklumkan kepada Ketua Jabatan pegawai sekiranya mendapat tawaran menghadiri PTM yang dikendalikan oleh jabatan/ ILA yang lain dan membuat permohonan kepada Ketua Jabatan untuk menghadiri PTM sebagai pegawai tumpangan di jabatan/ ILA lain; dan (iii) berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus semua elemen penilaian. 52. Sekiranya pegawai gagal PTM bagi sesuatu sesi, pegawai hendaklah melaksanakan tindakan seperti Jadual 3 berikut: Jadual 3: Tindakan Pegawai Jika Gagal Elemen PTM Bil. Keputusan Akhir Tindakan Disiplin dan Personaliti Kefahaman Komitmen i. Lulus Lulus Gagal Pegawai perlu memohon untuk mengulang PTM secara fizikal selama tiga (3) hari bagi membolehkannya dinilai dari segi komitmen. ii. Lulus Gagal Lulus (a) Pegawai hendaklah memohon daripada Ketua Jabatan masing- masing untuk menduduki semula ujian kefahaman; (b) Pegawai hendaklah menduduki semula ujian kefahaman tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan melalui sistem e-Penilaian; (c) Pegawai boleh melaksanakan pembelajaran kendiri (self-learning) melalui sistem EPSA sebelum menduduki ujian kefahaman; dan (d) Sekiranya masih tidak lulus, pegawai hendaklah mengulang proses seperti di perenggan (a) hingga (b) dalam tempoh percubaan yang dibenarkan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy