Pelantikan

 558 KEKECUALIAN DAN PERALIHAN 57. Apa-apa pelaksanaan PTM yang dibuat di bawah Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam Dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) yang belum selesai sebaik sebelum Ceraian ini berkuat kuasa hendaklah diuruskan di bawah Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam Dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) seolah-olah Ceraian UP.1.3.9 Program Transformasi Minda kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan (VERSI 1.0 (2022) tidak dibatalkan oleh Ceraian ini. Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan modul PTM atau gagal PTM setelah berkuatkuasanya Ceraian ini, urusan pengulangan kurikulum PTM pegawai hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan Ceraian ini. 58. Apa-apa keputusan yang telah dibuat di bawah Ceraian UP.1.3.9 (VERSI 1.0 (2022) hendaklah terus sah seolah-olah Ceraian UP.1.3.9 (VERSI 1.0 (2022) tidak dibatalkan oleh Ceraian ini. 59. Bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan dan belum menghadiri PTM atau kursus setara yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan sebelum berkuatkuasanya Ceraian ini, pegawai hendaklah mengikuti PTM berdasarkan Ceraian ini. PEMAKAIAN 60. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy