Pelantikan
555 Ketua Jabatan 49. Secara asasnya, Ketua Jabatan ditakrifkan seperti di perenggan 7. Ketua Jabatan boleh menentukan ketua bagi unit/ pejabat yang bersesuaian seperti Pengurus Sumber Manusia, untuk melaksanakan peranan-peranan sebagai Ketua Jabatan mengikut fungsi dan kapasiti masing-masing. 50. Tanggungjawab Ketua Jabatan adalah seperti yang berikut: (i) memastikan semua pegawai baharu di jabatan menghadiri PTM; (ii) mempertimbangkan permohonan pegawai untuk mengikuti PTM yang dianjurkan oleh penganjur luar jika PTM tidak dikendalikan sendiri oleh jabatan bagi tujuan kawalan; (iii) mengendalikan sesi ulangan ujian kefahaman melalui sistem e-Penilaian kepada pegawai yang gagal penilaian ujian kefahaman seperti berikut: (a) menyediakan platform untuk ujian kefahaman melalui sistem e-Penilaian dengan memuat naik soalan-soalan ujian kefahaman yang diperolehi daripada Sektor Penilaian Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA; (b) mendaftarkan pegawai yang perlu mengulang ujian kefahaman di dalam sistem e-Penilaian; dan (c) mengeluarkan transkrip lulus PTM kepada pegawai yang lulus ujian kefahaman tersebut. (iv) merekodkan keputusan lulus PTM bagi pegawai yang lulus atau pegawai yang diberi pengecualian seperti di perenggan 14 ke dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai. Dalam situasi Buku Perkhidmatan Kerajaan berada di lokasi yang berbeza, Ketua Jabatan boleh menugaskan pegawai di lokasi tersebut untuk melaksanakan fungsi ini. Pegawai 51. Tanggungjawab pegawai sebagai peserta PTM adalah seperti yang berikut: (i) menghadiri PTM dalam tempoh yang ditetapkan;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy