Pelantikan

 554 Urus setia PTM 47. Urus setia PTM adalah jabatan/ ILA yang mengendalikan PTM. 48. Tanggungjawab urus setia PTM adalah seperti yang berikut: (i) merancang, menyelaras dan melaksanakan PTM mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa; (ii) menguruskan pelantikan keanggotaan PPPTM dan memastikan pelaksanaan fungsi PPPTM seperti mana yang ditetapkan; (iii) menyediakan platform untuk ujian kefahaman melalui sistem e-Penilaian yang diadakan di akhir sesi PTM dengan cara memuat naik soalan-soalan ujian kefahaman yang diperolehi daripada Sektor Penilaian Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA; (iv) menguruskan hal ehwal pendaftaran pegawai untuk mengikuti PTM termasuk pendaftaran dalam sistem e-Penilaian bagi tujuan ujian kefahaman PTM; (v) memberi penerangan kepada peserta PTM mengenai perjalanan program, penilaian dan pemarkahan, perkara-perkara yang perlu dipatuhi dan dilarang, kesan sekiranya lulus atau gagal, serta peranan dan tanggungjawab pegawai dan pihak-pihak terlibat, sebelum memulakan sesuatu sesi PTM; (vi) memantau kehadiran, penglibatan dan melaksanakan penilaian; (vii) menguruskan sesi ujian kefahaman seperti yang dijelaskan di perenggan 21; (viii) menyediakan laporan kehadiran dan laporan penilaian untuk diperakukan kepada PPPTM; (ix) mengeluarkan transkrip keputusan PTM setelah dimuktamadkan di peringkat PPPTM dan mengemukakannya kepada Ketua Jabatan untuk diserahkan kepada pegawai; dan (x) menyimpan rekod laporan kehadiran dan laporan penilaian PTM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy