Pelantikan
553 Panel Pengurusan PTM (PPPTM) 43. Semua jabatan atau ILA yang mengendalikan PTM hendaklah menubuhkan PPPTM di peringkat jabatan/ ILA masing masing. 44. Keanggotaan PPPTM adalah seperti yang berikut: Pengerusi – Pengurus Sumber Manusia/ Pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan PTM atau mana-mana pegawai yang dilantik olehnya sebagai Pengerusi Ganti. Pengerusi Ganti hendaklah dari kalangan pegawai yang lebih tinggi grednya daripada gred peserta PTM. Ahli – Wakil-wakil yang berkaitan dan bersesuaian. Urus setia – Bahagian/ unit yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia atau pengurusan latihan. 45. Kuorum PPPTM hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi. 46. Tanggungjawab PPPTM adalah seperti yang berikut: (i) menetapkan kaedah pelaksanaan program yang bersesuaian; (ii) melantik fasilitator program sekiranya perlu; (iii) menimbang dan mengesahkan laporan kehadiran; (iv) menimbang laporan penilaian sepanjang program; (v) memuktamadkan keputusan PTM; dan (vi) menimbangkan cadangan atau isu-isu berkaitan pelaksanaan PTM.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy