Pelantikan
552 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Pentadbir PTM 41. Pentadbir PTM adalah Sektor Penilaian Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti yang berikut: (i) menyelenggara, memantau dan menguruskan hal ehwal PTM seperti memuat naik bahan pembelajaran dan memastikan perubahan modul dikemas kini dalam portal JPA; (ii) bekerjasama dengan pemilik modul untuk memastikan kandungan modul adalah yang terkini dan relevan; (iii) memastikan modul yang terkini dimuat naik di dalam sistem EPSA; (iv) menguruskan bank soalan bagi ujian kefahaman PTM dengan berkolaborasi bersama-sama pemilik modul serta memastikan soalan-soalan dikemas kini dari semasa ke semasa; dan (v) memastikan soalan-soalan ujian kefahaman yang terkini dibekalkan kepada pihak penganjur PTM dan Ketua Jabatan untuk dimuat naik ke dalam sistem e-Penilaian. Pemilik Modul 42. Tanggungjawab pemilik modul adalah seperti yang berikut: (i) merancang dan membangunkan kandungan modul yang relevan dengan objektif PTM; (ii) memastikan modul sentiasa dikemas kini mengikut keperluan dan dasar semasa; (iii) menyediakan bahan pembelajaran dalam pelbagai format seperti slaid, video, multimedia, latihan kes atau simulasi; (iv) menyediakan soalan ujian kefahaman berdasarkan modul yang dibangunkan dan mengemukakan soalan-soalan tersebut kepada Pentadbir PTM; dan (v) memberikan latihan kepada penceramah atau mencadangkan kaedah penyampaian berkesan kepada urus setia PTM untuk diselaraskan kepada penceramah supaya objektif modul dapat difahami dengan jitu.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy